SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Haji
Dorani telah dibuka atau diwujudkan pada tahun 1947. Ketika itu
sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani.
Kewujudan Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani diketuai atau diasaskan oleh
Sidang Haji Nawawi, manakala bilangan tenaga pengajarnya seramai 4 orang.
Ketika itu hanya terdapat 4
bilik darjah sahaja dan bentuk bangunannya hanya bangunan papan sekerat
manakala bumbungnya zink. Sekolah ini hanya bertahan selama dua tahun
sahaja. Pada tahun 1949, sekolah ini
yang dahulunya Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani telah diambil alih
pentadbirannya oleh pihak kerajaan. Maka bermulalah
sekolah kerajaan pertama di kampong ini. Sekolah ini
kemudiannya ditukar nama Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani.
Pentadbirannya diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Bakir pada 15
Mac 1949. Guru-guru yang mengajar pada masa itu seramai 9
orang. Bilangan kelas telah ditambah menjadi 8 kelas.
Guru-guru yang mengajar
sekolah rakyat dahulu telah
diserap terus sebagai
guru kerajaan. Sebahagiannya telah berhenti.
Pada tahun
1952, keadaan Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani
telah berubah dimana sebanyak 6 kelas
lagi ditambah menjadi 14 kelas dan gurunya
bertambah menjadi 15 orang. Sebanyak dua buah rumah guru dibina bagi
menempatkan guru besar menakala sebahagian guru-guru menumpang di rumah-rumah
orang kampung.
Pada tahun 1957, sekolah
ini telah dipukul rebut dan kemudiannya telah dibangunkan
semula. Sistem pembelajaran pada masa itu masih menggunakan dua aliran
iaitu jawi dan rumi.
Pada tahun 1961,
bangunan batu telah dibina menggantikan bangunan papan. Dengan
terbinanya bangunan ini menjadikan sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang
menempatkan kantin, pentadbiran dan tiga blok bangunan kelas.
Pembinaan bangunan ini banyak dilakukan secara gotong royong.
Pada tahun 1980,
sekolah ini telah mendapat bangunan tiga tingkat
menggantikan bangunan lama yang telah uzur. Bangunan ini siap
sepenuhnya pada tahun 1981 dan telah mula digunakan untuk pentadbiran, bilik
guru, perpustakaan dan bilik darjah.
Pada tahun 1994, sekali lagi
perubahan berlaku di mana sekolah ini telah mendapat satu bangunan baru lagi
dan dijangka siap pada tahun 1995. Sekolah ini juga telah dinaikkan gred dari
gred B kepada gred
A.
PENTADBIRAN (BIODATA)
BIL
|
DARI
|
HINGGA
|
NAMA GURU BESAR
|
1
|
15.03.1949
|
07.02.1957
|
Tuan Haji Ahmad
Bakir
|
2
|
07.02.1957
|
16.09.1957
|
Encik Abbas bin Saim
|
3
|
16.09.1957
|
15.03.1962
|
Encik Md Isa bin
Yusoff
|
4
|
15.03.1962
|
31.12.1965
|
Encik Md Shafie bin
Jaafar
|
5
|
01.01.1966
|
07.01.1968
|
Encik Hassan bin
Abdullah
|
6
|
08.01.1968
|
31.12.1968
|
Encik Baharuddin bin
Md Rashid
|
7
|
01.01.1969
|
31.12.1872
|
Encik Hussein bin
Abdullah
|
8
|
01.01.1973
|
15.08.1983
|
Encik Harun bin
Rafie
|
9
|
16.08.1983
|
24.11.1986
|
Encik Tamsir bin
Zaidon
|
10
|
25.11.1986
|
30.09.1987
|
Encik Haron bin
Radzi
|
11
|
01.10.1987
|
31.10.1992
|
Encik Ismail bin Ali
|
12
|
01.11.1992
|
11.02.2001
|
Encik Muhammad bin
Ismail
|
13
|
12.02.2001
|
30.12.2006
|
Puan Sariah binti
Sidek
|
14
|
01.01.2007
|
12.09.2010
|
Puan Hajah Pauzi
binti Ab Rahman
|
15
16 17 |
01.11.2010
2018 |
SEKARANG |
Puan Zaharah Binti Mohd Ariff
Encik Zainul Abidin b.Zainon Puan Fatimah Binti Arabian |
MOTO SEKOLAH
“Pelajaran Suluh Penghidupan”
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera
Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Untuk Membangun Potensi Indivividu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SLOGAN
'WIBAWA KUALITI CEMERLANG'
'WIBAWA KUALITI CEMERLANG'
DASAR KUALITI
SK Sungai Haji Dorani bertekad untuk memastikan pendidikan
dilaksanakan secara profesional, efisien dan berkualiti
bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.
Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan
dan penambahbaikan yang dilaksanakan
secara menyeluruh dan berterusan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga SK Sungai Haji Dorani, bersedia dan akan melaksanakan
dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan perkhidmatan yang ikhlas, cemerlang dan berkualiti.
LENCANA SEKOLAH
Warna Merah / Kuning merupakan warna bendera Negeri
Selangor Darul Ehsan.
Warna merah melambangkan kegagahan dan
keberanian. Warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja. Warna
Hijau melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Warga biru
melambangkan perpaduan.
Tangkai padi melambangkan pelajar-pelajar
kebanyakannya adalah anak-anak petani yang mana pekerjaan utama mereka ialah
menanam padi.
Obor melambangkan pelajar-pelajar
sekolah ini mempunyai semangat kesukanan. Sukan dan
permainan adalah sebahagian daripada perkara penting dalam pendidikan.
Nama sekolah dituliskan di bahagian atas lencana dan
jenis sekolah tertulis
‘SK’ atau Sekolah Kebangsaan di bahagian tengah.
Cogan kata sekolah ‘PELAJARAN SULOH PENGHIDUPAN’ tertulis
di bahagian bawah lencana.
BENDERA SEKOLAH
UKURAN
Lebar
: 91.5 cm ( 3 kaki )
Panjang
: 183 cm ( 6 kaki )
KETERANGAN LAMBANG
1. Warna kuning ialah Warna
Diraja.
2. Warna merah lambang kegagahan
/ keberanian.
3. Warna hijau lambang Agama
Islam.
4. Warna biru lambang perpaduan.
LAGU SEKOLAH
Anak didik yang berjaya
Capaikan cita mulia
Membantu membina Negara
Menuju puncak jaya
SKSHD berbangga
Lahirkan insan budiman
Nilai murni jayakan
Insan berhemah tinggi
Berilmu, beramal,
Berkualiti, berjasa
Disiplin diutama
Lahirkan warga berwawasan
PELAN SEKOLAH
Tahniah dari SK Bertam Indah.Lestarikan Sekolahmu
BalasPadam