Selamat Datang Ke WebBlog Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani

Ahad, 2 September 2012

PUSAT SUMBER

PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta lokasi bahan sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, Perkhidmatan dan peluang bagi  memperkukuhkan pengajaran dan  pembelajaran untuk penguasaan  serta kemahiran pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.



OBJEKTIF PUSAT SUMBER

 Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu dan sahsiah.
  1. Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks sahaja.
  2. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencapaian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  3. Menggalakkan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran.



VISI

Melahirkan Insan Berilmu Ke Arah Pembentukan Ilmu Sepanjang Hayat



MISI

Melahirkan Insan Berilmu, Kreatif Serta Penggunaan Teknologi Maklumat Yang Sistematik



PIAGAM PELANGGAN

Bersedia Memberikan Perkhidmatan Yang Cekap Dalam Setiap       Penyampaian Maklumat Serta Proses-Proses Penggunaan Bahan.


PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN


  1. Mengadakan system pinjaman dan pemulangan buku. Sistem ini merangkumi peraturan-peraturan yang boleh dipatuhi oleh pengguna ketika mendapatkan perkhidmatan.
  2. Menyediakan perkhidmatan rujukan dan nasihat terutama di dalam pemilihan bahan, pencarian bahan dan mengesan maklumat

PERKHIDMATAN SISTEM AUDIO


Disediakan ruang untuk menonton. Jadual tayangan disediakan bagi memudahkan kelancaran pembelajaran dan pengajaran.

PERKHIDMATAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Menyediakan perkhidmatan pinjaman BBM dan CDRI yang disediakan di bilik BBM,  Makmal Komputer dan Bilik Akses

PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN

  1. Penyebaran maklumat yang terkini dan menampal segala kenyataan maklumat, pemberitahuan, iklan, tawaran dan segala pekeliling di papan kenyataan yang disediakan.
  2. Menyediakan perkhidmatan baik pulih bahan yang rosak seperti buku dan bahan buku.
  3. Perkhidmatan mengumpul koleksi untuk dijadikan bahan pengetahuan.


CARTA ORGANISASI PUSAT SUMBER

JAWATANKUASA INDUK PSS
TAHUN 2012


PENASIHAT
PN ZAHARAH BT MOHD ARIFF
GURU BESAR SKSHD

PENGERUSI 1
EN ZAINOL ABIDIN B ZAINON
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM

PENGERUSI 2
PN HJH NORPAUZIAH BT KADIR
GURU PENOLONG KANAN HEM

PENGERUSI 3
PN HJH ZALINAH BT HASSAN
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENYELARAS
PN ROSSAIDAH BT SUAID
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

PEMBANTU PSS
PN MARIAMAH BT ABU MANSOR

AHLI JAWATANKUASA
KETUA-KETUA PANITIA


BAHASA MELAYU
PN KAMSIAH BT TUMIN

BAHASA INGGERIS
PN NUR SAKINA BT JIDIN

MATEMATIK
EN MUHD TALIB B SALAUDEEN

SAINS
PN JAHARAH BT AWANG

AGAMA ISLAM
PN ZILFAHALILA BT KHUDARI

PEND. SENI VISUAL
EN MOHD IDRIS B BAHAUDIN

PEND MUZIK
PN MARIAMAH BT ABU MANSOR

PEND JASMANI & KESIHATAN
TN HJ YUSUF B AHMAD

KAJIAN TEMPATAN
PN CHE SHAM BT BAHARI

PEND SIVIK
EN JAMSARI B MARDI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO BULAN INI...

06 JANUARI 2014 LAWATAN PEN.PEG.PPD: EN,ISMAIL BIN HUSSIN (UNIT BAHASA) PEMANTAUAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2014.