Selamat Datang Ke WebBlog Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani

PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
 
Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani telah dibuka atau diwujudkan pada tahun 1947.  Ketika  itu sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani.  Kewujudan Sekolah Rakyat Sungai  Haji Dorani diketuai atau diasaskan oleh Sidang Haji Nawawi, manakala bilangan tenaga pengajarnya seramai 4 orang.


Ketika itu hanya terdapat 4 bilik darjah sahaja dan bentuk bangunannya hanya bangunan papan sekerat manakala bumbungnya zink.  Sekolah ini hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Pada tahun 1949, sekolah ini yang dahulunya Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani telah diambil alih  pentadbirannya oleh  pihak kerajaan.  Maka bermulalah  sekolah  kerajaan  pertama di kampong ini.  Sekolah ini kemudiannya ditukar nama Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani.  Pentadbirannya  diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Bakir  pada  15 Mac 1949.  Guru-guru  yang mengajar pada masa itu seramai 9 orang.  Bilangan kelas telah ditambah menjadi 8 kelas.  Guru-guru    yang   mengajar   sekolah   rakyat    dahulu  telah  diserap  terus   sebagai   guru     kerajaan.  Sebahagiannya telah berhenti.

Pada    tahun 1952,    keadaan Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani   telah  berubah  dimana sebanyak   6 kelas   lagi   ditambah  menjadi  14 kelas  dan  gurunya  bertambah menjadi 15 orang. Sebanyak dua buah rumah guru dibina bagi menempatkan guru besar menakala sebahagian guru-guru menumpang di rumah-rumah orang kampung.

Pada tahun 1957, sekolah  ini  telah  dipukul rebut dan kemudiannya telah dibangunkan semula.  Sistem pembelajaran pada masa itu masih menggunakan dua aliran iaitu jawi dan rumi.

Pada tahun 1961,  bangunan batu  telah dibina menggantikan bangunan papan.  Dengan terbinanya bangunan ini menjadikan sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan kantin, pentadbiran dan tiga  blok bangunan  kelas.  Pembinaan bangunan ini banyak dilakukan secara gotong royong.

Pada  tahun 1980,  sekolah ini  telah mendapat  bangunan  tiga  tingkat  menggantikan  bangunan lama yang telah uzur.  Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1981 dan telah mula digunakan untuk pentadbiran, bilik guru, perpustakaan dan bilik darjah.

Pada tahun 1994, sekali lagi perubahan berlaku di mana sekolah ini telah mendapat satu bangunan baru lagi dan dijangka siap pada tahun 1995. Sekolah ini juga telah dinaikkan gred dari gred B kepada gred A.           


PENTADBIRAN (BIODATA)



BIL
DARI
HINGGA
NAMA GURU BESAR
1
15.03.1949
07.02.1957
Tuan Haji Ahmad Bakir
2
07.02.1957
16.09.1957
Encik Abbas bin Saim
3
16.09.1957
15.03.1962
Encik Md Isa bin Yusoff
4
15.03.1962
31.12.1965
Encik Md Shafie bin Jaafar
5
01.01.1966
07.01.1968
Encik Hassan bin Abdullah
6
08.01.1968
31.12.1968
Encik Baharuddin bin Md Rashid
7
01.01.1969
31.12.1872
Encik Hussein bin Abdullah
8
01.01.1973
15.08.1983
Encik Harun bin Rafie
9
16.08.1983
24.11.1986
Encik Tamsir bin Zaidon
10
25.11.1986
30.09.1987
Encik Haron bin Radzi
11
01.10.1987
31.10.1992
Encik Ismail bin Ali
12
01.11.1992
11.02.2001
Encik Muhammad bin Ismail
13
12.02.2001
30.12.2006
Puan Sariah binti Sidek
14
01.01.2007
12.09.2010
Puan Hajah Pauzi binti Ab Rahman
15
16 
17
01.11.2010

2018


SEKARANG
Puan Zaharah Binti Mohd Ariff
Encik Zainul Abidin b.Zainon
Puan Fatimah Binti Arabian



1980 : Blogger bertali leher (tengah).


MOTO SEKOLAH
“Pelajaran Suluh Penghidupan”


VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti 
Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH
Untuk Membangun Potensi Indivividu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


SLOGAN
'WIBAWA  KUALITI  CEMERLANG'

DASAR KUALITI
SK Sungai Haji Dorani bertekad untuk memastikan pendidikan
dilaksanakan secara profesional, efisien dan berkualiti
bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.
Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan
dan penambahbaikan yang dilaksanakan 
secara menyeluruh dan berterusan. 


PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga SK Sungai Haji Dorani, bersedia dan akan melaksanakan
dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan perkhidmatan yang ikhlas, cemerlang dan berkualiti.



LENCANA SEKOLAH


Warna Merah / Kuning merupakan warna bendera Negeri Selangor Darul Ehsan.  

Warna merah melambangkan kegagahan dan keberanian.  Warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja.  Warna Hijau melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara.  Warga biru melambangkan perpaduan.

Tangkai padi melambangkan pelajar-pelajar kebanyakannya adalah anak-anak petani yang mana pekerjaan utama mereka ialah menanam padi.

Obor melambangkan  pelajar-pelajar  sekolah  ini  mempunyai  semangat kesukanan.  Sukan dan permainan adalah sebahagian daripada perkara penting dalam pendidikan.

Nama sekolah dituliskan di bahagian atas lencana dan jenis sekolah tertulis
‘SK’ atau Sekolah Kebangsaan di bahagian tengah.
  
Cogan kata sekolah ‘PELAJARAN SULOH PENGHIDUPAN’ tertulis di bahagian bawah lencana.



BENDERA SEKOLAH




UKURAN

Lebar                  :  91.5 cm  ( 3 kaki )
Panjang             :  183 cm  ( 6 kaki )


KETERANGAN LAMBANG

1. Warna kuning ialah Warna Diraja.

2. Warna merah lambang kegagahan / keberanian.

3. Warna hijau lambang Agama Islam.

4. Warna biru lambang perpaduan.






LAGU SEKOLAH

Anak didik yang berjaya
Capaikan cita mulia
Membantu membina Negara
Menuju puncak jaya

SKSHD berbangga
Lahirkan insan budiman
Nilai murni jayakan
Insan berhemah tinggi

Berilmu, beramal,
Berkualiti, berjasa
Disiplin diutama
Lahirkan warga berwawasan




PELAN SEKOLAH
 















1 ulasan:

INFO BULAN INI...

06 JANUARI 2014 LAWATAN PEN.PEG.PPD: EN,ISMAIL BIN HUSSIN (UNIT BAHASA) PEMANTAUAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2014.