Selamat Datang Ke WebBlog Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani

Isnin, 13 Januari 2014

BORANG PENDAFTARAN CATUR MSSD SABAK BERNAM 2014

Perhatian kepada semua Pengurus Pasukan Catur Sekolah-Sekolah Daerah Sabak Bernam.

Berdasarkan Mesyuarat Penyelarasan & Teknikal Kejohanan Catur MSSD  Sabak Bernam yang diadakan pada 13 Januari 2014 di SMK Munshi Abdullah, telah ditetapkan: 
  1. Semua pendaftaran pemain adalah secara online. Borang Pendaftaran Online perlu diisi sebelum 22 Januari 2014 (Rabu).
  2. Klik di sini: BORANG PENDAFTARAN ONLINE CATUR MSSD SABAK BERNAM 2014 
  3. Kelewatan anda mendaftar menyebabkan sekolah anda tidak layak bertanding untuk Kejohanan Catur MSSD Sabak Bernam 2014.
  4. Borang M01, M02, R01 & R02 ( Hard Copy) perlu dihantar pada hari Kejohanan iaitu pada 27 Januari 2014.
  5. Borang M01, M02, R01 & R02 tersebut wajib bertaip. Jika tiada softcopy, Pengurus pasukan boleh dapatkan Softcopy borang tersebut di sini:
  6. Setiap sekolah diwajibkan membawa sekurang-kurangnya 5 set catur untuk menampung kekurangan set catur di hari kejohanan.
Maklumat Kejohanan Catur MSSD Sabak Bernam:
Tarikh: 27 & 28 Januari 2014
Tempat: Dewan SMK Munshi Abdullah
Masa: 7.30 pagi-5.00 petang.


Yang Benar: 
Muhamad Bastami Bin Zakaria (0134803196)
Pengerusi Teknik Catur Rendah & Menengah Sabak Bernam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO BULAN INI...

06 JANUARI 2014 LAWATAN PEN.PEG.PPD: EN,ISMAIL BIN HUSSIN (UNIT BAHASA) PEMANTAUAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2014.