Selamat Datang Ke WebBlog Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani

Isnin, 15 Oktober 2012

LAPORAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2012


TARIKH          : 28 JUN 2012
HARI             : Khamis
MASA            : 8.00 pagi
TEMPAT         : SK Sungai Limau

1.  PENDAHULUAN
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi / prosa dalam bentuk berkumpulan. Kumpulan akan membentuk satu paduan  suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan atau keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

2. OBJEKTIF
2.1  Memberi pendedahan, pengalaman, meningkatkan keyakinan diri  dan menambah perbendaharaan kosa kata dalam kalangan murid-murid SK Sungai Haji Dorani.
2.2  Memenangi pertandingan yang disertai.

3.  KUMPULAN SASARAN
Murid-murid SK Sungai Haji Dorani yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.

4.  ANGGARAN KOS
4.1  Pengangkutan          : 6 buah kereta X RM 10.00        =         RM 60.00
4.2  Makan & minum murid       : 30 X RM 3.00                     =         RM 90.00
        _________________________________________________________________
       J U M L A H                                                                           =         RM150.00
       __________________________________________________________________

5.  ULASAN
Seramai 6 orang guru pengiring yang terlibat membawa murid ke pertandingan Bicara Berirama iaitu En. Fathul Mu’in, Pn. Hajah Zalinah, Pn. Che Sham, Pn. Mulian, En. Ariffin dan En. Bastami.
Pihak sekolah telah menghantar 30 orang murid ke pertandingan tersebut iaitu terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.
Hanya 2 buah sekolah yang menyertai pertandingan iaitu SK Sg. Hj. Dorani dan SK Sungai Limau.
Johan disandang oleh SK Sungai Haji Dorani.

      Yang benar,                                                               Disahkan oleh;


_____________________                                               ____________________

(PN. KAMSIAH BT TUMIN)                                         ( PN. HJH ZALINAH BT HASSAN)

Ketua Panitia Bahasa Melayu                          GPK Kokurikulum SK Sh. Haji Dorani

3 ulasan:

INFO BULAN INI...

06 JANUARI 2014 LAWATAN PEN.PEG.PPD: EN,ISMAIL BIN HUSSIN (UNIT BAHASA) PEMANTAUAN AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2014.